Promosi Shell Malaysia Motogp – Sesi Bertemu Peminat Bersama Lorenzo

Pada Rabu 31 Oktober 2018 telah berlangsung Promosi Shell Malaysia Motogp – Sesi Bertemu Peminat Bersama Lorenzo di perkarangan Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur. Program anjuran Skinny Fat Kids Worldwide Sdn Bhd bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

Ketibaan Jorge Lorenzo pada jam 12.30 tengahari disambut dengan meriah oleh para peminat. Pengerusi Shell Malaysia Datuk Lain Lo dan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Shairan Husain turut menyambut kehadiran Juara dunia MotoGP sebanyak tiga kali itu.

Menurut Lorenzo yang  baru menjalani pembedahan pada pergelangan tangan kirinya, beliau bersedia untuk beraksi di perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia. Jorge Lorenzo daripada pasukan Ducati kemalangan dalam sesi latihan di Grand Prix Motosikal Thailand berikutan masalah teknikal. Beliau menarik diri daripada Grand Prix Motosikal Australia selepas menarik diri daripada perlumbaan di Thailand dan Jepun.

Lorenzo meninggalkan majlis pada jam 2 petang dan aktiviti diteruskan dengan promosi Shell Malaysia MotoGP 2018. Shell merupakan penaja bagi Malaysia MotoGP selama 9 kali dalam 10 musim sejak 2009. Komitmen Shell dalam menyokong program motorsikal antarabangsa ini merupakan sumbangan Shell kepada industri sukan permotoran Malaysia.

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started