Cik Din YP telah diraikan oleh Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin

Pada 22 Julai 2017, Cik Din YP telah diraikan oleh Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin, Ketua Bahagian UMNO Lembah Pantai di Majlis Mesra Raya Aidilfitri Cawangan Kampung Pasir Baru di Dewan UMNO Kg Pasir Baru Pantai Dalam atas kejayaan Cik Din YP ride ke Sg Golok Bike Week 2017 dan Kelantan Bike Week 2017 di usia 72 tahun.

Menurut Hj Abd Karim bin Abd Ghani selaku Ketua Cawangan Umno Kg Pasir Baru, Pantai Dalam dan juga penganjur Majlis Aidilfitri Umno Kg Pasir , beliau dan ahli-ahli  Umno Kg Pasir Baru, Pantai Dalam amat berbangga dengan kejayaan yang telah dicapai oleh Cik Din YP dan akan menyokong usaha Cik Din YP ini terutama dalam konvoi-konvoi Cik Din YP yang akan datang. Malah Umno Cawangan Kg Pasir turut memberi sumbangan untuk ride amal Cik Din YP ke Pondok Alimah Tok Ayah Bukit yang terletak di Sri Sakhon, Selatan Thailand. Cik Din YP yang juga merupakan veteran UMNO sejak tahun 1960an banyak memberikan jasa kepada Kg Pasir Baru dan merupakan penduduk terawal disini. Semangat dan kecekalan Cik Din YP harus dicontohi oleh anak muda terutama yang minat bermotorsikal.

TTS MERDEKA MAT MOTOR 2018

Pada 1 September 2018 telah berlangsung program TTS Merdeka Mat Motor bertempat di tapak pasar malam Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor. Bersempena dengan program tersebut, diadakan konvoi dari Masjid Hijau, Subang Airport pada jam 6.45 petang diketuai oleh Masrhall Zaidi ARC menuju ke Masjid Al-Islamiyyah, Kg Lindungan, untuk solat maghrib berjemaah. Selepas selesai solat, konvoi bergerak ke tapak program diketuai oleh Mawi dari Persatuan Kebajikan Sahabat 565. Setelah para peserta tiba di tapak program, peserta mendaftar untuk kupon lucky draw dan makan minum percuma dengan menu minuman panas dan nasi lemak serta kuih muih. Hampir 1000 pengunjung hadir ke majlis ini.

Program dimulakan oleh ucapan selamat datang oleh pengerusi majlis iaitu Ustaz Ahmad Nazri dan disusuli dengan nyanyian lagu Negaraku beramai-ramai. Setelah itu diadakan sessi bacaan ikrar Rukun Negara oleh Muhammad Haziq Bin Munir dari Persatuan Kebajikan Sahabat 565 dan bacaan doa oleh Ustaz Fazdi. Majlis diteruskan semula dengan persembahan busking oleh Archid Ekamatra diselang selikan dengan cabutan bertuah.

Program disambung dengan Sembang Santai Mat Motor dengan kendalian moderator iaitu Ustaz Ahmad Nazri dan penampilan panel khas yang juga selebriti terkenal iaitu Saiful Apek dan Bob Lokman. Gelagat mereka menarik minat penonton lagi-lagi dengan senda gurau dan lawak jenaka membuatkan suasana ceria. Achid Ekamatra dan Abang Bob Lokman turut mengisi majlis dengan pelbagai nasihat dari orang lama untuk orang muda.

Turut dijemput sebagai panel ialah saudara Mawi 565 dari Persatuan Kebajikan Sahabat 565 dan Cik Din YP dari RD Club Malaysia, otai bikers yang berumur 73 tahun. Turut hadir juga ialah Dr Hajjah Halimah yang memberikan sedikit ucapan walaupun dalam kesibukan beliau. Ustaz Hanafi juga turut menyampaikan pidato beliau yang bersemangat diikuti oleh ucapan ringkas dari saudara Afif Farhi Othman, Exco Pegerakan Pemuda UMNO Malaysia. Majlis diakhiri dengan doa wehdah, salawat dan tasbih kifarah sebelum majlis bersurai.

Pengarah Program TTS MERDEKA MAT MOTOR, saudara Jai mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS SELANGOR & Malaysia , Sahabat-sahabat Pegerakan Pemuda UMNO Selangor Dan Malaysia, Jabatan Amal Malaysia , Persatuan Kebajikan Sahabat 565 , RD CLUB Malaysia , Persatuan Pasar Malam Taman Medan dan Kelab – Kelab Motor yang hadir. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua petugas ARC Selangor yang sama-sama bermandi peluh penuh komitmen menjayakan tugas yang diamanahkan serta turut  memohon maaf diatas kekurangan dan kelemahan ketika pengendalian program ini. Semoga program-program permotoran akan datang dapat diadakan dengan lebih giat lagi dengan sokongan dan bantuan sahabat-sahabat permotoran semua. 

DBKL Bikers Club (DBC) dan Kingz MG Konvoi Obor Asia Pacific Masters Games 2018

Pada 13 Ogos 2018, DBKL Bikers Club (DBC) dan  Kingz MG telah diberi penghargaan mengiringi larian Obor bersempena Kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kejohanan Asia Pacific Masters Games 2018 akan diadakan di Pulau Pinang pada 7 hingga 15 September 2018.

Pelepasan peserta obor ‘Peserta Konvoi Basikal’ dilepaskan oleh Yg Berbahagia Dato Bandar Kuala Lumpur pada jam 8.00 pagi di Dataran DBKL yang melalui Laluan Biru – KLCC – KL Tower dan Jalan TAR sebelum berhenti di Dataran Sogo untuk sarapan pagi. Dari Dataran Sogo ‘Peserta Konvoi Basikal’menyerahkan Obor kepada ‘Peserta Olahraga’ yang malalui padang Merbok – Taman Botani – Masjid Negara – Dayabumi dan Dataran Merdeka sebelum berhenti di Dataran Merdeka untuk makan tengahari. 

Selepas menjamu selera ‘Peserta Olahraga’ menyerahkan Obor kepada ‘Peserta Konvoi Motorsikal’.  Seramai 60 bikers berkonvoi diketuai oleh Khairul Anuar bin Mhd. Juri selaku Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan dan Sukan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menunggang Harley Davidson membawa Obor melalui Jalan Raja Laut dan Jalan Kuching menuju ke Bangunan Majlis Perdandaran Selayang di Batu Caves, Selangor. Tiba di sana, peserta konvoi disambut meriah dan Obor Berjaya diserahkan. Selepas dijamu dengan jamuan makan, majlis selesai pada jam 2.00 petang.

Yamaha XJ 650 Turbo Dari Shah Alam

Jika sekali pandang mungkin kita menyangka motorsikal ini merupakan superbike retro yang biasa. Tetapi jika diperhati dengan teliti, motorsikal ini merupakan jenis Yamaha XJ 650 Turbo yang amat jarang kita jumpai lagi-lagi di Malaysia. Motorsikal ini yang dikeluarkan seawal tahun 1982 merupakan model sport touring. Dengan cc sebanyak 653.00 ccm (39.85 cubic inches) enjin jenis 4 lejang sebaris (In-line four, four-stroke), ia boleh menjanakan kuasa sebanyak 90.00 HP (65.7 kW)) @ 9000 RPM. Walaupun dengan kelajuan 5 gear, kelajuan maksimum yang berjaya diperolehi adalah 203.0 km/h  atau 126.1 mph yang mana merupakan kelajuan yang agak maksima ketika itu bagi motorsikal seangkatan dengannya. Pemacuan terakhir motorsikal ini menggunakan sistem shaft drive (Cardan). Tayar hadapan bersaiz 3.25-19 manakala tayar belakang menggunakan saiz 120/90-18.

Motorsikal seumpama ini merupakan legenda dan dikategorikan sebagai jentera ‘rare’. Pemiliknya Jalut Hakim dari Shah Alam berkata, hanya yang mempunyai minat yang tinggi sahaja sanggup menjaga dan memelihara motorsikal seumpama ini kerana kesukaran mendapatkan alat ganti di pasaran tempatan. Lebih-lebih lagi memang susah mendapatkan mekanik yang tahu membaiki dan menyelenggara motorsikal ini. Mujur pemilik dan adik beradik beliau merupakan mekanik motorsikal jadi beliau membaiki motorsikal ini di rumah sahaja.

Tahniah kepada Jalut Hakim kerana masih sanggup memelihara jentera yang hampir pupus ini. 

TTS Bikers & Riders Bangkit Pertahan Kelantan

Pada 10 Februari 2018 telah berlangsung TTS Bikers & Riders Bangkit Pertahan Kelantan anjuran Anak Kelantan Ampang (AKA) dengan kerjasama Alternative Riding Club (ARC) dan  RD Club Malaysia. Program ini yang disokong oleh Kerajaan Negeri Kelantan berlangsung di Satay Station, Ampang Waterfront, Selangor. Satu konvoi telah diadakan dengan seramai 150 bikers yang diketuai oleh Abe Mustapha Kamal, pelakon terkenal  tahun 90an hingga kini, dari Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang menuju ke lokasi TTS di Satay Station, Ampang Waterfront.

Pada jam 2:00 petang, konvoi  berkumpul dahulu di Laman Rekreasi Tasek Tambahan, Ampang bagi taklimat dan edaran tshirt program. Selepas itu konvoi bergerak ke Satay Station, Ampang Waterfront diiringi  anggota polis trafik serta marshall dari Alternative Riding Club (ARC)  dan RD Club Malaysia.

Tiba di Satay Station, selepas bacaan doa oleh PU Rozi Harun, para peserta dijamu dengan jamuan makanan tradisional Kelantan seperti nasi kerabu, pulut ikan kering, mee hoon, nasi goreng, cendol dan banyak lagi. Sambil menjamu selera, peserta konvoi dihiburkan dengan persembahan dikir barat oleh Kumpulan Dikir Barat Gabungan Pendikir Lembah Klang (GPLK). Selepas para peserta selesai makan, sessi  Ikrar Bikers Bangkit Pertahan Kelantan berlangsung diikuti sessi dialog santai bersama YB Dato Hj Che Abdullah Mat Nawi, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Teknologi Hijau, Dr. Izani bin Husin, Ahli Parlimen Pengkalan Chepa dan Abe Mustapha Kamal manakala moderator sessi dialog tersebut ialah Hj Rozain. 

Selesai sessi dialog, majlis disudahi dengan  penyampaian hadiah motor cantik dan cabutan nombor bertuah. Tepat jam 6.00 petang, program tamat dengan jayanya. Tahniah kepada Abe Mustapha Kamal, pencetus idea program ini. Terima kasih juga kepada King’s Cha Ko Teaw Ampang dan Hot Wheels Fan Club Malaysia atas kerjasama dengan program ini. Semoga TTS seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang. 

Majlis Iftar RD Club Malaysia 2019 Di Tabong Hj Lama

Pada 25 Mei 2019, telah berlangsung Majlis Iftar RD Club Malaysia bertempat di Restoran Nasi Kandar Hj Sulaiman, Jalan Rahmat Off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Majlis ini diadakan sebagai aktiviti RD Club Malaysia di bulan Ramadhan disamping mengeratkan silaturrahim antara sesama ahli. Majlis yang diadakan selepas Asar itu mengumpulkan ahli-ahli lama dan baru samada masih menggunakan motorsikal retro ataupun tidak. Ada juga dikalangan ahli yang tidak bertemu sesama sendiri sejak 10 tahun yang lepas. Pertemuan ini juga membangkitkan emosi dan nostalgia lebih-lebih lagi mengenangkan kisah-kisah lama ketika muda dahulu. Ada yang dari batch tahun 1998, 2000, 2003 dan 2009. Walaupun berbuka puasa secara ala kadar sahaja namun suasana majlis amat meriah. Ini merupakan tahun kedua majlis ini diadakan di lokasi yang sama bagi mengimbau port zaman mat motor yang dipanggil Tabong Hj Lama pada tahun 80an dan 90an.

Setelah azan maghrib berkumandang, selepas berbuka ala kadar, masing-masing ke surau Perkim bersebelahan restoran untuk solat maghrib. Selepas selesai solat maghrib acara diteruskan dengan sessi ramah mesra dan bertukar-tukar cerita lama. Turut hadir ialah wakil dari Team YPang iaitu Bro Jepp dan Din iaitu geng YP Dayabumi yang aktif di tahun 80an dan 90an. Juga turut memeriahkan majlis ialah ahli RD Club Malaysia dari Temerloh, Pahang. Majlis berlanjutan hingga jam 12 malam dan masing-masing berjanji untuk bersama-sama lagi di Majlis Aidilfitri RD Club Malaysia di bulan Syawal nanti insya Allah.

‘Come Ride With Us’

Lan LC Tong Ganu

Jika ternampak sebuah motorsikal retro berwarna putih memecut di hadapan Masjid Rusila, Kuala Terengganu tidak lain dan tidak bukan ridernya ialah Lan Lc Tong Ganu atau nama sebenar beliau Roslan Mohd.

Motorsikal jenis Yamaha RD 250 LC tersebut beliau beli pada tahun 2014 dengan kos restore sebanyak RM10k. Pelbagai part ditukar selepas pembelian iaitu penukaran meter, tayar, cdi, crankshaft dan menukar full bearing enjin.  Beliau turut mengecat lc beliau kepada warna sekarang dengan kos RM500 sahaja.

Hobi Lan ialah ride sebab itu bersama-sama lc ini beliau telah ride hingga ke Sg Golok Bike Week 2015 dan 2017, Narathiwat Bike Week 2015, Katana Owners Malaysia Ride & Gather The Legend di Pagoh, Terengganu Bike Meet 2016, Terengganu Bike Week serta event-event permotoran sekitar Terengganu.  Beliau juga turut aktif dalam Terengganu Retro Group dan RD Club Malaysia dalam menggerakkan hobi beliau.

Lan yang bekerja sendiri itu telah berkahwin serta dikurniakan 3 orang anak. Walaupun sibuk dengan ride, tanggungjawab terhadap family tidak dilupakan.  Sebagai seorang kawan dan sahabat beliau memang amat suka membantu terutama bila sahabat dalam kesusahan. Malah rezeki yang diperolehi beliau dikongsi bersama-sama.

Pesanan beliau kepada ppeminat motorsikal bila bermotorsikal lama ni kena tabah, tegar dan istiqomah kerana motor lama ini banyak ragamnya serta kosnya yang tinggi. Namun sentimental value pada motor lama ini tiada nilainya. Juga hargailah persahabatan kerana itu penting dalam menjalinkan hubungan baik sesama manusia.

Update May 8, 2017

Promosi Shell Malaysia Motogp – Sesi Bertemu Peminat Bersama Lorenzo

Pada Rabu 31 Oktober 2018 telah berlangsung Promosi Shell Malaysia Motogp – Sesi Bertemu Peminat Bersama Lorenzo di perkarangan Pavilion Bukit Bintang Kuala Lumpur. Program anjuran Skinny Fat Kids Worldwide Sdn Bhd bermula jam 11 pagi hingga 11 malam.

Ketibaan Jorge Lorenzo pada jam 12.30 tengahari disambut dengan meriah oleh para peminat. Pengerusi Shell Malaysia Datuk Lain Lo dan Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Shairan Husain turut menyambut kehadiran Juara dunia MotoGP sebanyak tiga kali itu.

Menurut Lorenzo yang  baru menjalani pembedahan pada pergelangan tangan kirinya, beliau bersedia untuk beraksi di perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia. Jorge Lorenzo daripada pasukan Ducati kemalangan dalam sesi latihan di Grand Prix Motosikal Thailand berikutan masalah teknikal. Beliau menarik diri daripada Grand Prix Motosikal Australia selepas menarik diri daripada perlumbaan di Thailand dan Jepun.

Lorenzo meninggalkan majlis pada jam 2 petang dan aktiviti diteruskan dengan promosi Shell Malaysia MotoGP 2018. Shell merupakan penaja bagi Malaysia MotoGP selama 9 kali dalam 10 musim sejak 2009. Komitmen Shell dalam menyokong program motorsikal antarabangsa ini merupakan sumbangan Shell kepada industri sukan permotoran Malaysia.

Cik Din YP, 74 tahun Ride ke Sg Golok Motoday 2019 Vol 1 Part 2

Hari ketiga iaitu Ahad, 30 Jun 2019 kami memulakan hari dengan bersarapan di gerai berdekatan hotel. Turut bersama kami ialah Eddy Golok yang juga merupakan penganjur Sg Golok Motoday 2019. Selesai bersarapan kami ke pasar basah bagi membeli barang-barang yang dipesan oleh isteri masing-masing. Antara barangan popular yang dipesan ialah pes tomyam, gula nisa patani, udang geragau, baby nenas, dan bahan-bahan untuk membuat sum tom.

Selesai membeli belah kami bersiap untuk ke lokasi event iaitu terletak di sebelah padang golf yang merupakan tapak bagi Sg Golok Bike Week setiap tahun. Tiba di tapak event kami disambut mesra oleh para petugas event. Penganjur Sg Solok Bike Week iaitu Amin Hj Matdaud turut menyambut kedatangan kami. Walaupun cuaca panas, ia tidak menghalang para pengunjung membanjiri tapak event. Pelbagai jenis motorsikal mula memasuki tapak event. Konsep event ini lebih kepada tema motorsikal berkuasa rendah. Motorsikal-motorsikal yang sukar kita nampak di Malaysia juga turut muncul dan yang menarik minat ialah motorsikal yang dimodifikasi pada tahap yang extreme.

Sambil mencuci mata melihat pelbagai jenis motor, kami mengambil kesempatan merasa makanan dan minuman yang dijual berkonsepkan Thai Food Festival. Memang juadah yang dijual menyelerakan dan ori Thai Food. Memandangkan kami akan repeat event ni pada sebelah malam jadi kami meninggalkan tapak event dan ke Pekan Sg Golok untuk makan tengahari. Selepas makan kami berehat di hotel untuk ke tapak event pada sebelah malam pula.

Selepas maghrib kami bergerak ke tapak event di mana pengunjung makin ramai memenuhi hadapan pentas kerana akan diadakan konsert serta perasmian event. Cik Din YP turut diraikan oleh pihak organizer dengan memberi ruang kepada beliau untuk menyampaikan sedikit ucapan dan terima kasih atas layanan yang baik dari pihak penganjur Sg Golok Motoday 2019 Vol 1. Turut bersama sahabat permotoran dari Malaysia yang sama-sama menghadiri event ini. Event tamat lebih kurang jam 1 pagi dan kami terus balik ke hotel untuk berehat.

‘Come Ride With Us’

Kisah Yamaha RZ/RD 500 V4……

Masa aku baru berjinak dgn dunia YP dlm tahun 1995 mmg tak jumpa V4….tgk kat majalah je….mcm urban legend la…dgr cerita dari otai YPang Daya, pernah ada V4 ride sekali tp minyak dia sampai RM50 pusing town KL aje. RM50 masa tu mahal dah. Tak lama lepas tu arwah adik aku jumpa Awe V4 masa tu bukak kedai cat kereta. Hantar tank YP aku yg kemek kena ketuk pengunjung medan sate Kajang masa parking mungkin sbb aku rem sebelah kereta dia jd telinga dia jd pekak sekejap.

Masa tu la Awe cakap dia ada motor kat kg tp fairing takde. Dia pun tak pasti motor apa dan dia mintak arwah adik aku belikan kat Singapore. Arwah adik aku pun pergi la ke Sing dgn Mat Singapore beli fairing tu. Lepas motor Awe siap baru lah tau yg motor tu V4.

V4 kedua ada lah milik kawan arwah MYB BCK 500. V4 ni selebriti sebab selalu keluar majalah Roda2 dan ikut arwah MYB sampai ke China tak silap. Owner dia pilot dah pakai BMW dan jual kat kawan pramugara. Yg pramugara tu dah beli BMW jgk bg kat anak dia nama Azrul pakai. Sempat la ride dgn RDCM dlm beberapa siri ride. Pastu V4 ni terbakar kat rumah Mat Singapore masa diservis dan Singh Setan yg beli.

Sekarang ni dah melambak V4 dlm Malaysia. Dulu V4 ni hanya impian saja walau Awe V4 pernah offer arwah adik aku RM14k je. Tp masa tu RM14k besar. Belum mampu terfikir lg masa tu…

Nanti aku story pasal Awe V4 lak 😂….

Al Fatihah pada legend V4 Kelantan Pok Bea V4…….

Copy dari FB https://www.facebook.com/zackbikers/

#rdclubmalaysia

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started