MALAM GILANG GEMILANG VKB DAN KELAB MOTOSIKAL MALAYSIA

15 Syawal menjadi tarikh gilang gemilang VKB Annual Dinner Aidilfitri 2018 tahun ini sempena menyambut 6 tahun penubuhan VKB dalam arena permotoran negeri Kelantan. Dengan kehadiran bikers seramai 310 orang majlis ini menjadi satu kejayaan besar buat team AJK VKB.

Hampir seluruh kelab motorsikal dari Kelantan bersama-sama meriahkan suasana majlis Aidilfitri kali ini yang berlangsung di dewan Bunga Emas Hotel Perdana Kota Bharu ditambah lagi dengan kehadiran kelab dari selatan tanah air iaitu Johor Force Club dan kehadiran Penasihat RD Club Malaysia iaitu Pak Din YP otai permotoran yang berumur 73 tahun ride dari Kuala Lumpur yang sanggup berpanas dan berhujan ride ke Kota Bharu dan beliau juga sempat berkongsi pengalamanya sepanjang bergelar seorang rider.

VKB Annual Dinner Aidilfitri 2018 kali ini dirasmikan oleh Dato Sri Hj Jae Affandi Hj Husin dari Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia peringkat Kota Bharu yang juga seorang bikers. Majlis dihiasi dengan lagu hari raya oleh band dari Terengganu dan sebanyak 92 hadiah cabutan bertuah disediakan oleh VKB untuk dimenangi oleh tetamu yang hadir  dengan hadiah utamanya ialah merupakan sebuah Pocket Bike Repsol.

Menurut kata Nik Aziz Ismail selaku Pengerusi Majlis Annual Dinner Aidilfitri kali ini, objektif majlis makan malam kali ini sebenarnya ialah untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara semua bikers dari dalam dan luar Kelantan. Kejayaan demi kejayaan dikecapi oleh team VKB sepanjang 2018 ini menyuntik semangat untuk menganjur majlis terbesar tahun ini. Menurut Pengurus Operasi Majlis ini iaitu saudara Fakhri Mat Ali, majlis ini adalah satu kejayaan besar buat kelab VKB dan ianya adalah satu sejarah baru dalam arena permotoran di negeri Kelantan.

Kami dari team AJK VKB mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingganya kepada semua bikers yang sudi hadir dan selalu menyokong usaha program VKB dan berharap di lain waktu nanti kita semua akan sekali lagi dapat berkumpul bersama-sama meriahkan dan menceriakan sahabat-sahabat dalam dunia permotoran tidak mengira kuasa enjin dan model motorsikal di Kelantan dan amnya di Malaysia. Kami team VKB mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin.

-Yie Media VKB-

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started