Sembang Santai Anak Muda 2 Roda ARC Pahang Bersama Wazi Addul Hamid

Pada Sabtu, 22 Jun 2019 telah berlangsung sessi Sembang Santai Anak Muda 2 Roda bertempat di perkarangan Stadium Tertutup Sukpa Indera Mahkota Kuantan Pahang anjuran ARC Pahang. Moderator yang dijemput adalah Ustaz Rosmaini Bin Hj Abdul Rahman Naqib ARC Pahang, Ustaz Bikers iaitu Ustaz Ahmad Nazri Mohd Nawi, Naqib ARC Malaysia dan juga pelumba terkenal tanahair iaitu Wazi Abd Hamid. Program Sembang Santai Anak Muda 2 Roda ini di rasmikan oleh saudara Ir. Khairil Nizam Khirudin, Ketua Pemuda PAS Pusat. Selain Wazi Abdul Hamisd yang menjadi tarikan penonton, motorsikal Yamaha RD 350 YPVS yang pernah membintangi filem Azura juga turut didatangkan khas dari Kuala Lumpur sebagai penambah perisa kepada program ini.

Antara intipati forum Sembang Santai Anak Muda 2 Roda ialah tentang fenomena dunia permotoran telah menjadi satu hobi yg tidak mengira latar belakang, jantina dan peringkat usia dan  perlunya penglibatan para pendakwah dalam dunia permotoran kerana ia sekarang bukan hanya sebagai salah satu seni dalam berdakwah, namun yang paling utama adalah bagi membersihkan nama baik pencinta dua roda dari terus difitnah dan dilemparkan tuduhan buruk dari sebahagian masyarakat yang mengaitkan bikers dengan gejala-gejala sosial seperti ragut, rempit, dadah dan banyak lagi. Hobi permotoran juga merupakan pintu dakwah terutama kepada mat-mat motor, termasuk juga kepada mat rempit, dengan diadakan pelbagai aktiviti sihat yang tidak terkeluar dari landasan syariat Islam. Sebagai contoh, pihak-pihak tertentu boleh mewujudkan lebih banyak litar lumba yang selamat daripada gangguan pengguna jln raya, seperti yang ada di Kuala Selangor yang dinamakan sebagai litar rakyat. Ini merupakan satu contoh yang baik yang boleh diikuti oleh penganjur-penganjur di tempat lain. Di samping itu juga, mereka ini boleh diterapkan dengan nilai-nilai murni seperti solat berjemaah sewaktu berkonvoi, mahupun ketika berada di litar lumba. Juga boleh diterapkan tentang bagaimana untuk mengambil wudhuk dengan menggunakan air mineral, dan berbagai lagi perkara positif yang boleh diketengahkan kepada mereka.

ARC merupakan sebuah kelab permotoran di bawah naungan Dewan Pemuda Pas Pusat, secara langsung telah terlibat dalam usaha-usaha tersebut, dan ARC juga mendapat pujian dari pihak berkuasa sewaktu mengadakan konvoi, kerana dalam ARC, pimpinan ARC mendidik dan membentuk nilai murni ketika berada di jalan raya, dengan mematuhi undang-undang jalan raya serta berkonvoi dalam keadaan mementingkan keselamatan dan sikap setia kawan walaupun jenis jentera yg berbeza sama ada kecil atau besar.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started