Route 5 Morib

Jika ke Pantai Morib, Banting, Selangor, pasti perasan sebuah premis tertera tulisan Route 5 Morib yang menjadi persinggahan bikers-bikers samada dari dalam dan luar negeri. Menurut Hj Aminnudin bin Marjani, Route 5 Morib diwujudkan sebagai salah satu pit stop utk para bikers dan juga pelancong dari dalam dan luar negara singgah untuk berehat dan bersantai. Route 5 Morib ini juga adalah khas untuk bikers-bikers yang mengembara untuk singgah berehat dari perjalanan yang jauh. Tetamu boleh juga berkhemah di situ sambil berhat dan menikmati pemandangan matahari terbenam. Malah kelebihan mengurut yang ada pada  Hj Aminnudin dipraktikkan dengan memberi perkhidmatan urutan percuma kepada tetamu. Rawatan mata tradisional juga disediakan dan ini amat melegakan bikers yang penat menunggang serta dapat menghilangkan sedikit kelesuan badan dan juga mata.

Premis yang disewa dari Majlis Daerah Kuala Langat turut menyediakan kemudahan untuk berehat, minuman dan juga makanan ringan. Turut dijual cenderahati seperti t-shirt, rantai kunci, sticker,  fridge magnet bagi menampung pengurusan Route 5 Morib. Barang-barang hasil keluaran tempatan seperti kerepek, makanan ringan, jeruk dan pelbagai produk halal juga dijual bagi membantu pengusaha-pengusaha kecil dari kampung sekitar. Idea mewujudkan Route 5 Morib adalah dari idea gabungan peminat-peminat dua roda seluruh Malaysia yang ingin melihat pusat sehenti seperti ini di Morib bagi memudahkan keperluan bikers dan pengembara. Pelopor Malaysia Local Route adalah saudara Yeop Chiru dan Pak Li dari Lenggong Route A76. Bagi yang ingi mendapatkan maklumat dan lokasi Route 5 Morib ini boleh menghubungi Hj Aminnudin bin Marjani di talian 019-358 4100.

Yamaha XJ 650 Turbo Dari Shah Alam

Jika sekali pandang mungkin kita menyangka motorsikal ini merupakan superbike retro yang biasa. Tetapi jika diperhati dengan teliti, motorsikal ini merupakan jenis Yamaha XJ 650 Turbo yang amat jarang kita jumpai lagi-lagi di Malaysia. Motorsikal ini yang dikeluarkan seawal tahun 1982 merupakan model sport touring. Dengan cc sebanyak 653.00 ccm (39.85 cubic inches) enjin jenis 4 lejang sebaris (In-line four, four-stroke), ia boleh menjanakan kuasa sebanyak 90.00 HP (65.7 kW)) @ 9000 RPM. Walaupun dengan kelajuan 5 gear, kelajuan maksimum yang berjaya diperolehi adalah 203.0 km/h  atau 126.1 mph yang mana merupakan kelajuan yang agak maksima ketika itu bagi motorsikal seangkatan dengannya. Pemacuan terakhir motorsikal ini menggunakan sistem shaft drive (Cardan). Tayar hadapan bersaiz 3.25-19 manakala tayar belakang menggunakan saiz 120/90-18.

Motorsikal seumpama ini merupakan legenda dan dikategorikan sebagai jentera ‘rare’. Pemiliknya Jalut Hakim dari Shah Alam berkata, hanya yang mempunyai minat yang tinggi sahaja sanggup menjaga dan memelihara motorsikal seumpama ini kerana kesukaran mendapatkan alat ganti di pasaran tempatan. Lebih-lebih lagi memang susah mendapatkan mekanik yang tahu membaiki dan menyelenggara motorsikal ini. Mujur pemilik dan adik beradik beliau merupakan mekanik motorsikal jadi beliau membaiki motorsikal ini di rumah sahaja.

Tahniah kepada Jalut Hakim kerana masih sanggup memelihara jentera yang hampir pupus ini. 

Kembara Malaya Y100

Bermulanya Kembara Malaya Y100 dengan harapan #perangidadahhabishabisan diketahui umum. Satu pilot program anjuran saya Bob YP bersama-sama Skuad AADK – AADK CHERAS dengan tajaan dari Takong Racing & Piratees Apparels. Alhamdulillah program berjaya tanpa sebarang kesulitan. Saya mengembara ke seluruh semenanjung dengan jentera Yamaha Y100 Sports yang berusia 27 tahun yang diberi nama Ziaa.

Ride bermula seawal jam 4:30 pagi, Isnin 20 March 2017. Hari pertama agak mencabar kerana hujan dari awal pagi hingga ke lewat malam. Hentian pertama ialah di stesen minyak di Plaza Tol Jalan Duta bagi isian petrol dan seterusnya di RNR Tg. Malim. Saya agak kelewatan untuk berjumpa dengan belia dan Team Bob Yp di Ipoh akibat hujan yang terlalu lebat. Setibanya saya di Restoran Di Naina, ramai telah menanti ketibaan saya. Setelah selesai sesi minum pagi dan bergambar, saya meneruskan perjalanan ke Penang walaupun lewat 2 jam. Setelah selesai urusan di Penang saya teruskan perjalanan ke Kangar, Perlis yang mana Perlis merupakan satu-satunya negeri yang saya tidak pernah sampai. Alhamdulillah setibanya di Kangar pada jam 6:30 petang sempat saya berjumpa dengan Arif dan Aliff, dua belia yang telah saya janji untuk ketemu dan mereka telah menunggu saya dari jam 4:30 petang lagi di kawasan Keris. Setelah selesai beramah mesra dengan mereka, saya meneruskan perjalanan ke Alor Setar untuk bermalam disana. Tujuan bermalam di Alor Setar adalah kerana lebih mudah dan dekat untuk saya sampai ke exit gurun untuk meneruskan perjalanan ke   Kota Bharu esoknya.

Hari Kedua 21 March 2017

Seawal jam 6:00 pagi lagi saya bertolak ke Kota Bharu melalui kawasan yang tidak semua rider berani tempuhi iaitu laluan Grik-Jeli. Berbekalkan petrol yang telah diisi di dalam botol bagi mengelakkan kehabisan petrol di tengah jalan kerana tiada stesen petrol di antara Grik – Jeli saya meneruskan perjalanan. Ternyata jangkaan saya betul, saya kehabisan petrol semasa di RNR Titiwangsa. Setelah selesai isian petrol, saya teruskan perjalanan ke Kota Bharu. Destinasi pertama saya adalah TMS Motorsport di Machang. Di sana sudah ada beberapa orang belia sedang menanti ketibaan saya, dan saya disambut oleh saudara Tajuddin, pengurus TMS Motorsport. Alhamdulillah perjalanan saya mengikut jadual yang dirancang. Setelah selesai perjumpaan, mereka mengiring saya ke Bandar Kota Bharu untuk sesi bergambar dan minum petang bersama RD Kelantan. Disebelah malam pula saya sempat lagi bersama belia, kali ini dengan Yamaha Lcian Kelantan Crew. Semuanya berjalan dengan baik.

Hari Ketiga 22 March 2017

Hari ini juga bergerak dari Kota Bharu ke Kuantan seawal jam 6:45 pagi. Hentian pertama saya ialah di  Kuala Besut untuk sesi sarapan bersama belia di sana. Alhamdulillah pertemuan berjalan seperti dirancang dan saya seterusnya ke Kuala Terengganu untuk bersama ikon Motorsikal Terengganu, saudara Yoyo Nazli dan belia berkumpul di Yoyo Motorcycle Accesories. Suasana makan tengan hari amat tenang sekali kerana masih dalam waktu yang dirancang. Seselai sesi makan tengah hari saya terus menghala ke Kemaman. Sepanjang jalan penuh kedai jual satar dan keropok lekor jadi sempat juga saya membeli untuk buat bekalan berkelah di tepi jalan. Setibanya di Paka dah ada beberapa belia menanti saya untuk mengiringi saya ke Kemaman. Namun perjalanan saya menjadi perlahan akibat saya agak kepenatan dan terpaksa terus ke Kuantan sebelum matahari terbenam. Setibanya di Kuantan saya disambut oleh saudara Wan Terabas dan beliaumembawa saya pusing-pusing bandar Kuantan dan bergambar di tempat-tempat yang menarik. Dalam masa yang sama, dia sempat membawa saya ke kedai motorsikal Yahooo Motorcycle untuk membaiki jentera saya yang pada ketika itu saya dapati skrew pengikat tong belakang saya sudah patah dan harus dikeluarkan mengunakan mesin drill. Terima kasih Wak Yahooo membantu saya dalam Kembara Malaya saya. Selesai motorsikal siap dibaiki saya dijemput untuk sesi makan malam bersama presiden kelab motorsikal ASAMA Kuantan, saudara Fadil dan juga makan malam di restoran ASAMA. Setelah selesai beramah mesra bersama mereka saya dibawa ke hotel penginapan dan seterusnya sesi santai bersama belia dan Retro Owner Club Kuantan hingga larut malam.

Hari Keempat 23 March 2017

Seawal jam 6:30 pagi lagi hujan sudah membasahi bandar Kuantan.  Memandangkan hujan tiada tanda-tanda reda, pada jam 7:00 pagi saya terpaksa meneruskan perjalanan kerana waktu perjalanan yang harus saya tepati. Jadi sepanjang perjalanan dari Kuantan – Pekan – Kuala Rompin dibasahi hujan. Setibanya saya di Kuala Rompin, saya singgah di Boy Motorcycle untuk menukar minyak enjin motorsikal saya, melaraskan dan meletakan minyak di rantai motorsikal. Dalam masa yang sama saya juga memeriksa penuh keadaan motorsikal saya untuk perjalanan seterusnya. Setelah hujan berhenti saya terus ke Mersing. Di sana saya di sambut oleh saudara Fitri yang mewakili kelab Jupiter Spark Kluang dan Saudara Taufek dari PBNK Rides untuk membawa saya pusing-pusing bandar Mersing. Seterusnya saya menghala ke Johor Bharu, dengan niat untuk terusa ke Tg. Piai tetapi memandangkan pada sebelah petangnya kebiasaan hujan di Johor Bahru maka saya mengammbil keputusan untuk terus ke Bandar Johor Bharu yang sedang meriah menyambut Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor. Dapat juga saya mengibarkan bendera Kembara Malaya saya di kawasan yang ramai orang. Ketibaan saya disambut oleh Din Cg dari Team Bob Yp di Hotel. Pada sebelah malam saya bersantai bersama belia di Nasi Lemak Simple hingga larut malam.

Hari Kelima 24 March 2017     

Pada hari terkahir Kembara Malaya, pagi-pagi lagi saya meneruskan perjalanan ke Tg. Piai, dan seterusanya ke Batu Pahat dan Muar walaupun hujan. Setibanya saya di Muar, Cikgu Anuar wakil PBNK R Melaka mengiringi saya ke Bandar Melaka. Di Bandar Melaka saya disambut oleh belia dan bersantai seketika di kawasan Dataran Pahlawan. Oleh kerana masa semakin suntuk, saya teruskan perjalanan ke Putrajaya, Sempat juga saya singgah sebentar di bengkel kawan lama saya, Arie Retro di Masjid Tanah sebelum bergerak ke Port Dickson. Sekadar santai biasa bersama belia di Port Dickson iaitu Arif dan Akmal dari PBNK Rides. Memandangkan hari menjelang petang memasuki waktu senja saya terus ke Putrajaya mengikuti laluan Lukut/Salak Tinggi. Alhamdulillah saya tiba di Putrajaya pada jam 8:35 malam dalam keadaan selamat, dan disambut pula oleh Team Bob Yp dan orang-orang kuat program dari AADK Cheras iaitu En. Hairee dan En. Shukor. Setelah selesai sesi bersama belia dan makan malam saya pun meneruskan perjalanan pulang ke pangkuan keluarga tercinta. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan mesej #perangidadahhabishabisan diketahui ramai. Ucapan jutaan terima kasih pada Takong Racing, Piratees Apparels, AADK Cheras dan Majalah Kapcai – Rock & Ride.

Untuk video penuh boleh saksikan di Youtube

www.youtube.com/mrpbnk

– Bob YP

Retro Day Sg. Buloh 2019 Ver 4

Pada Sabtu, 26 Oktober 2019 telah berlangsung event Retro Day Sg. Buloh Ver 4 di Jalan 1A/1 Hadapan Agro Bank, Bandar Baru Sg. Buloh, Selangor. Program yang berkonsepkan himpunan motorsikal retro tahun 70an, 80an & 90an bermula dari jam 2 petang hingga 9 malam merupakan acara tahunan yang telah empat kali diadakan dengan jayanya.

Antara acara kemuncak dan menarik perhatian peserta dan pengunjung ialah pertandingan Retro Motoshow mengikut pelbagai kategori. Menurut penganjur iaitu saudara Ejoi Moktar antara kategori yang dipertandingkan dibawah kategori utama Kategori Retro Day Motorshow ialah Kategori Classic Open Pilihan, Kategori Suzuki Retro 1 Dapor Pilihan, Kategori SuzukI Retro 2 Dapor Pilihan, Kategori Yamaha Retro 1 Dapor Pilihan, Kategori Yamaha Retro 2 Dapor Pilihan, Kategori Yamaha RXZ Pilihan, Kategori Yamaha RX/RXS/RXK Pilihan, Kategori Honda Retro Clutch Open Pilihan, Kategori Honda Retro Kapcai Open Pilihan, Kategori Kawasaki Retro Open Pilihan, Kategori Open Moden Bike Pilihan, Kategori Open Custom Bike Pilihan , Kategori Motor Special Pilihan, Kategori Kasih Sayang Pilihan dan Best Of The Best. Antara Hadiah yang disediakan Ialah piala bagi tempat pertama dan ketiga.

Bagi pendaftaran motorshow hanya RM 5 sahaja dikenakan dan peserta mendapat sticker dan sijil. Namun pendaftaran untuk motorshow adalah percuma jika membeli baju event yang berharga RM 35. Walaupun hujan, namun pengunjung dan peserta tetap hadir memenuhi tapak event. Tahniah kepada penganjur atas event yang berjaya ini. Semoga event ini akan diteruskan dimasa akan datang bagi mewarnai aktiviti permotoran serta aktiviti setempat.

RD CLUB Malaysia Ride To Penang 2006

Pada  September 2006 yang lepas, RD CLUB telah mengadakan satu konvoi bertemakan hari kemerdekaan ke Penang. Konvoi itu juga adalah dengan tujuan sebagai mengeratkan lagi tali perhubungan antara bahagian pentadbiran RD CLUB dan RD CLUB Utara. Selain daripada itu, konvoi yang mendapat sokongan daripada Jabatan Ketenterama Awam & Trafik Kuala Lumpur adalah bagi mendapatkan maklumat dan bahan seperti rakaman video ‘mat rempit’ bagi tujuan kempen membanteras lumba haram dan gejala rempit RD CLUB Malaysia.

Dengan penglibatan sepuluh penunggang pelbagai motorsikal RD daripada Kuala Lumpur dan Selangor, konvoi bertolak pada jam 3 pagi daripada Medan Selera D’tebing, Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Persinggahan pertama ialah Bandaraya Ipoh di mana konvoin akan berhenti bagi menghadiri majlis perkahwinan adik kepada salah seorang ahli RD CLUB Perak iaiatu saudara Afzal. Konvoi yang tiba jam 5 pagi itu disediakan penginapan sementara oleh saudara Afzal bagi berehat dan membersihkan diri. Lebih kurang jam 12 tengahari, selepas menjamu selera di majlis kenduri tersebut, konvoi bergerak semula menuju ke Pulau pinang. Walaupun hujan lebat melanda di sepanjang lebuhraya antara Sungai Perak hingga ke Bukit Merah, konvoi tetap meneruskan perjalanan dengan berhati-hati.

Konvoi tiba di Butterworth dan terus ke Pokok Sena bagi berjumpa dengan saudara Zulkifli ataupun lebih dikenali sebagai Big John, Pengerusi RD CLUB Penang. Tiba di bengkel Big John, konvoi di sambut mesra dan dijamu dengan laksa penang di gerai salah seorang ahli RD CLUB Penang, Man Balak. Setelah puas menjamu laksa yang lazat itu, konvoi dengan diiringi beberapa ahli RD CLUB Penang bergerak ke jeti feri bagi menaiki feri menuju ke lokasi penginapan iaitu di Batu Feringgi, Pulau Pinang. Tiba di Pulau Pinang, konvoi disambut pula oleh Ahli Majlis Tertinggi RD CLUB Kedah iaitu saudara Pak Lan dan Chang yang sudah menunggu di sana sejak tengahari lagi.

Tiba di lokasi penginapan, sebuah chalet di tepi laut, peserta konvoi mengambil kesempatan berehat sebelum meneruskan aktiviti pada sebelah malam. Lebih kuran jam 9 malam, ahli-ahli RD CLUB Penang yang diketuai oleh Big John telah mula tiba di Batu Feringgi bagi mengiringi konvoi ke bandar Pulau Pinang. Tetapi sebelum itu, aktiviti pertama ialah menjamu selera di restoran nasi kandar. Perjalanan yang tidak berapa jauh itu terasa amat menyeronokkan dengan jalannya yang penuh dengan selekoh-selekoh tajam yang menjadi kegemaran kami yang gemar meratah selekoh. Setelah perut kenyang, konvoi sekali lagi meratah selekoh menuju ke bandar Pulau Pinang. Padang Kota menjadi pilihan bersantai. Nasib kami juga baik kerana kebetulan terdapat sekumpulan ‘mat rempit’ tempatan turut berada disana. Aksi dan gaya mereka yang sengaja mereka tunjukkan pada kami sempat dirakam dan seterusnya menjadi penambahan kepada koleksi dan bahan kempen membanteras lumba haram dan gejala rempit. Setelah masing-masing mulai mengantuk, kami beredar dan seterusnya berpisah dengan RD CLUB Penang yang pulang ke Pokok Sena manakala konvoi kami bergerak ke penginapan iaitu di Batu Feringgi.

Keesokan harinya, konvoi bergerak keluar daripada Batu Feringgi untuk pulang ke Kuala Lumpur. Fendi sebagai ketua konvoi menggunakan jalan Balik Pulau yang penuh dengan pemandangan menarik dan selekoh-selekoh yang tajam. Sempat juga konvoi berhenti untuk makan tengahari di sebuah restoran di tepi jalan. Dalam perjalanan, kami dipintas oleh Pak Lan yang datang dari Sungai Petani khas bagi mengiringi konvoi kami pulang. Beliau juga sempat memandu arah kami untuk berhenti di ‘RV Point’ di atas bukit untuk melihat pemandangan Pulau Pinang. Sempat juga kami mengambil gambar kenang-kenangan sebelum kami meneruskan perjalanan. Daripada Pulau Pinang, kami sekali lagi menggunakan feri memandangkan terdapat sebuah motorsikal yang mengalami kerosakan kecil dan perlu dibaiki di bengkel Big John.

Tiba di pokok Sena, sementara menunggu RD 250 LC tersebut dibaiki, konvoi sempat menziarahi salah seorang ahli RD CLUB Penang, abang Lan yang patah kaki akibat kemalangan dengan motorsikal beliau iaitu Yamaha RD 350 LC. Setelah beramah mesra dan bertanya khabar, konvoi bergerak semula dengan diiringi ahli-ahli Rd CLUB Penang yang lebih kurang seramai 20 orang dan motorsikal, menuju ke tepi pantai yang menjadi tumpuan ramai. Sempat kami berhenti rehat sebentar sambil mengambil gambar kenang-kenangan. Setelah itu, konvoi dibawa mengelilingi Butterworth dan berhenti untuk merasa char kuew teaw Penang. Memandangkan hari sudah menjangkau malam, konvoi terus bergerak ke lebuhraya menuju Kuala Lumpur sambil diiringi ahli-ahli RD CLUB Penang hingga ke Juru. Seterusnya konvoi meneruskan perjalanan dan tiba di Kuala Lumpur dengan selamat lebih kurang jam 4 pagi.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada RD CLUB Utara yang merangkumi RD CLUB Perak, RD CLUB Penang dan RD CLUB Kedah yang sudi memberi bantuan dan layanan penuh mesra. Semoga talian perhubungan yang bagaikan saudara ini akan terus kekal selamanya

Wilayah International Motofest 2017 (WIM2017)

Pada 24-26 Februari 2017 di Dataran Merdeka telah berlangsung penganjuran Wilayah International Motofest 2017 bermula dari jam 10:00 pagi hingga 11:30 malam bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2017. Program WIM2017 yang dilancarkan oleh Menteri Wilayah Persekutuan, YB Datuk Seri Utama Tengku Adnan Bin Tengku Mansor adalah untuk mempromosi industri pelancongan di Kuala Lumpur khususnya yang melibatkan industri permotoran negara di samping dapat menghimpunkan Bikers Club yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim serta memberi kesedaran tentang gaya hidup permotoran yang sihat. Program bertaraf antarabangsa yang julung kali diadakan ini turut melibatkan penyertaan dari peserta antarabangsa seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Kampuchea dan Brunei.

WIM2017 ini dianjurkan oleh Kelab Sukan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan kerjasama Kelab Kepala Kuasa Motor Group (KKMG) yang amat mahir dari segi kepakaran teknikal, pengurusan serta penglibatan kelab-kelab motorsikal di seluruh negara. Turut membantu adalah DBKL Bikers Club (DBC) yang merupakan kelab motorsikal Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Sejumlah 70 buah kelab permotoran membuka booth pameran dan secara keseluruhannya 200 kelab permotoran hadir dan terlibat secara langsung dalam memeriahkan WIM2017 ini. Dengan penyertaan pelbagai pihak ini, DBKL mensasarkan penyertaan seramai 15,000-20,000 orang penunggang motorsikal dari seluruh negara dapat dihimpunkan di WIM2017. Selain daripada DBKL yang mengadakan pameran, lain-lain agensi- agensi kerajaan yang turut terlibat adalah PDRM, BOMBA, RELA, JPJ, SPR, PPZ, JPAM dan AADK. 

Dengan adanya pameran dari agensi-agensi ini ianya dapat memberi maklumat kepada orang awam mengenai peranan setiap agensi serta mewujudkan kesedaran tentang keselamatan khususnya di jalan raya. Umum sedia maklum bahawa penunggang motorsikal berkuasa tinggi mempunyai risiko yang sangat tinggi di jalan raya dan berharap penunggang-penunggang motorsikal jenis ini akan lebih berhati-hati dan mengikut peraturan di jalan raya.

Pengeluar dan pengedar motorsikal terkemuka di Malaysia turut terlibat mengadakan pameran di WIM2017 ini seperti Suzuki, Harley Davidson dan FS Bikes. Sejumlah 7 “Custom Builder” tempatan yang terlibat dalam pembinaan dan pengubahsuaian motorsikal berkuasa besar turut mempamerkan motorsikal masing-masing di WIM2017.  Motorsikal dan Custom Builder yang hadir adalah mereka yang sering membawa nama Malaysia ke pameran di peringkat antarabangsa.

Antara tarikan lain di WIM2017 adalah konsert Kristal, XPDC dan yang paling mendapat tumpuan ialah konsert Awie bagi menghiburkan pengunjung. Walaupun hujan gerimis tetapi penonton tetap ramai  dan mendapat sambutan hangat.

Semoga Wilayah International Motofest ini dapat dijadikan acara tahunan untuk dimuatkan dalam kalendar pelancongan dan permotoran negara. Dengan konsep yang berjaya ala “Sturgis” menarik minat pengunjung dari dalam dan luar nagara.

Cik Din YP Ride ke Terengganu Bike Week 2019

Pada Jumaat, 29 Mac 2019, Cik Din YP, 74 tahun bersiap-siap untuk ke Terengganu Bike Week 2019 dari Kuala Lumpur. Tepat jam 10:00 pagi, Cik Din YP bersama-sama dua lagi sahabat telah berkumpul di Restoran Nasi kandar Hj Sulaiman, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur sebelum memulakan perjalanan ke Terengganu.

Seperti biasa laluan yang digunakan ialah Lebuhraya Pantai Timur dan memandangkan minggu tersebut merupakan minggu cuti persekolahan, kenderaan di LPT agak banyak tidak seperti hari-hari biasa. Walaupun cuaca panas terik, namun itu tidak menghalan pergerakan lancar Cik Din YP. Lebih kurang jam 12:00 tengahari kami tiba di Hentian Rehat Temerloh untuk bergabung dengan seorang ahli RD Club Malaysia dari Temerloh dan juga untuk makan tengahari. Hentian Rehat Temerloh agak padat dengan pengunjung dan kami terpaksa menunggu meja kosong untuk duduk. Selepas menjamu selera lauk ikan patin, kami mengisi petrol di Stesen Minyak Shell dan meneruskan perjalanan sebelum berhenti di Hentian Kijal untuk isian petrol lagi. Perjalanan diteruskan hingga ke Hentian Rehat Paka untuk berehat dan minum sambil solat jamak. Cuaca yang baik melancarkan perjalanan kami.

Lebih kurang jam 7:00 petang kami tiba di Exit Ajil dan terus menuju ke bandar Kuala Terengganu. Kelihatan sudah ramai bikers tiba bagi menghadiri Terengganu Bike Week 2019. Kami terus menuju ke homestay panel kami iaitu Permint D’Binjai Homestay yang terletak Taman Permint Jaya, Chendering, Kuala Terengganu. Selepas mandi dan berehat kami dijemput oleh sahabat RD Club Malaysia Cawangan Terengganu iaitu Lan Lc Tong untuk makan malam setelah penat ride.

Keesokan paginya, kami bersiap-siap untuk minum pagi di Gerai Nasi Dagang Atas Tol yang menjadi sebutan ramai. Gerai tersebut yang menjadi viral memang dikunjungi oleh ramai orang tidak mengira kaum. Ketika kami tiba di sana terdapat dua kumpulan pelanggan kaum cina sedang menikmati nasi dagang di situ. Selain nasi dagang Terengganu, yang menjadi tarikan ialah teh ais madu buih saiz XL. Selesai bersarapan kami menuju ke Pasar Payang bagi membeli buah tangan untuk keluarga di rumah. Sempat juga kami menikmati buah durian dari Thailand yang turut dijual di luar pasar tersebut.

Pada sebelah petang hujan mula turun di setetengah kawasan di bandar Kuala Terengganu. Kami mula bersiap-siap untuk ke Pantai Batu Buruk bagi menghadiri Terengganu Bike Week 2019. Seperti tahun-tahun sebelum ini, event ini menarik ramai pengunjung samada dari kalangan bikers dan bukan bikers. Deretan motorsikal bersusun panjang menyambut kehadiran pengunjung lain. Terdapat juga gerai-gerai jualan yang menjual pelbagai aksesori dan keperluan bikers. Pelbagai aktiviti dan program yang turut diadakan sepanjang bike week ini. Lebih kurang jam 5:00 petang kami beredar dari tapak event untuk pulang ke homestay bagi berehat kerana pada jam 7:00 petang kami akan ke Duyong Marina & Resort bagi menghadiri Makan Malam Gala Terengganu Bike Week 2019.

Makan Malam Gala yang diadakan di Duyong Marina & Resort merupakan kemuncak event. Dengan kehadiran lhampir 3000 bikers, Duyong Convention Centre penuh dengan tetamu bikers yang hadir dari seluruh pelusuk negara. Para pengunjung dijamu dengan makan malam dan juga hiburan oleh penyanyi rock terkenal, Mus May. Acara Makan Malam Gala tamat lebih kurang jam 12:00 tengah malam dan merupakan acara terakhir Terengganu Bike Week 2019. Walaupun kehadiran peserta yang ramai, makanan yang disediakan mencukup malah ada lagi lebihan mee goreng tidak larat dihabiskan oleh peserta. Ini harus dijadikan contoh kepada penganjur bike week yang lain kerana sering didengari rungutan terdapat penganjur yang menyediakan makanan sekadar ala kadar sahaja hingga ada peserta yang langsung tidak dapat makan kerana makanan yang disediakan tidak mencukupi.

Keesokan harinya kami bersiap-siap untuk pulang. Kami sempat singgah di kilang keropok lekor milik sahabat di Chendering membeli buah tangan untuk dibawa pulang.  kami bergerak Seperti biasa, kami menggunakan laluan laluan exit Ajil dan LPT2. Hentian Rehat Paka menjadi pit stop kami untuk minum dan berehat sebelum bergerak ke Hentian Sebelah Kijal bagi  isian petrol. Memandangkan Hentian Rehat Temerloh penuh sesak dengan pengunjung, kami hanya berhenti untuk isian minyak dan berpisah dengan Zaiful, sahabat RD Club Malaysia cawangan Temerloh. Laluan di LPT 1 dan 2 kali ini penuh dengan pelbagai jenis motorsikal yang pulang dari Terengganu Bike Week 2019.

Ketika tiba di Plaza Tol Bentong, hujan turun dengan lebatnya. Namun kami terpaksa meneruskan perjalanan memandangkan keadaan semakin gelap. Laluan pula sesak teruk dari Plaza Tol Bentong hingga ke Plaza Tol Gombak kerana masing-masing mulai pulang ke rumah kerana cuti persekolah sudah tamat. Dengan hujan lebat dan jalan yang jem, kami terpaksa ride dengan berhati-hati. Alhamdulillah kami selamat tiba di Kuala Lumpur dengan selamat. Cik Din YP walaupun basah kuyup dan kesejukan, beliau masih bersemangat untuk ride. Tahniah kepada penganjur Terengganu Bike Week 2019 atas acara yang gemilang.

Cik Din YP Jelajah Kelantan

Pada 6 hingga 10 Julai 2017, Cik Din YP sekali lagi meneruskan misi ride beliau ke Kelantan memenuhi jemputan dari VKB menghadiri Kelantan International Bike Week 2017 yang diadakan di perkarangan Stadium Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan.

Dengan diiringi oleh Presiden RD Club Malaysia, Azhanyzam bin Zakaria, Cik Din YP mula bertolak ke Kelantan pada pagi 6 Julai 2017 dari Kuala Lumpur pada jam 11:30 pagi. Diiringi cuaca yang baik, perjalanan lancar melalui Lebuhraya Pantai Timur. Kami tiba di Hentian Rehat Temerloh jam 1:30 tengahari dan berhenti untuk makan dan merehatkan badan.

Perjalanan diteruskan semula dan kali ini perhentian seterusnya ialah di Petronas Hentian Gambang pada jam 3:30 petang bagi isian petrol. Tangki diisi sepenuhnya kerana perhentian seterusnya ialah di Hentian Sebelah Kijal dimana terdapat satu stesyen minyak mini iaitu satu-satunya stesen minyak terakhir di Lebuhraya Pantai Timur. Setelah mengisi petrol, kami berhenti di Hentian Rehat Paka pada jam 5:30 petang bagi minum dan merehatkan badan.

Dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu dari Hentian Rehat Paka, hujan turun dengan lebatnya. Kami memasuki susur masuk Kuala Telemong hingga ke Rusila. Alhamdulillah kami tiba di Homestay Binjai, Chendering pada jam 7:00 petang. Pada sebelah malam kami berehat kerana keesokan paginya kami akan bertolak ke Kota Bahru pula.

Pada 7 Julai 2017, kami bersiap-siap untuk ke Kota Bahru. Sebelum bergerak kami singgah di untuk minum pagi bersama-sama dengan Lan Lc Terengganu. Perjalanan diteruskan melalui laluan Gong Badak dan pesisir pantai. Perjalanan agak selesa kerana laluan agak lengang memandangkan cuti hujung minggu di Pantai Timur. Pemandangan pantai di Penarik memberi semangat baru pada kami untuk ride. Kami berhenti di Medan Selera Permaisuri untuk makan tengahari sebelum meneruskan perjalanan kami ke Kota Bahru. Kami tiba di Kota Bahru pada jam 3:00 petang dan terus ke perkarangan Stadium Muhammad. Pada jam 5:00 petang berlangsung acara perasmian Kelantan International Bike Week 2017. Cik Din YP dengan bantuan dari Amin Hj MatDaud, sahabat dari Golok Riders Club (GRC) berjumpa dengan pengacara majlis mengutarakan hasrat menyerahkan cenderamata kepada Menteri Besar Kelantan yang dijadualkan merasmikan event tersebut. Walaupun Menteri Besar tidak dapat hadir petang itu kerana ada acara di Pahang, Cik Din YP berjaya menyerahkan cenderamata kepada wakil Menteri Besar iaitu Datuk Abdul Fattah Mahmood, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan.

Cik Din YP turut mendapat tumpuan media yang menemubual pengalaman beliau ride dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru sejauh 600 km di usia 72 tahun. Para pengunjung KIBW juga tidak melepaskan peluang bergambar dengan Cik Din YP. Rata-rata kagum dengan semangat Cik Din YP yang masih bersemangat untuk ride dalam jarak yang jauh itu. Pada sebelah petang kami check in di penginapan kami iaitu D Villa Inn. Selepas maghrib, sahabat kami, WAdi PT berkunjung ke penginapan kami bagi menghantar nasi kukus untuk makan malam kami.  Memandangkan kepenatan ride selepas menjamu selera kami menghabiskan masa dengan berehat sepanjang malam.

Pada keesokan harinya jam 9 pagi kami bergegas ke perkarangan Stadium Muhammad IV bagi menyertai konvoi ke Maahad Tahfiz Darul Ulum di Kampung Meranti, Pasir Mas bersama Dato’ Awie. Selesai konvoi, kami bergerak dengan dipandu arah oleh bro Hamizan ke Pulau Melaka bagi menziarahi pusara Almarhum Tuan Guru Nik Aziz, mantan Menteri Besar Kelantan yang disayangi semua. Disana kami sempat berdoa dan sedekahkan ayat Al Quran untuk Almarhum. Selepas itu kami ke Masjid Pulau Melaka untuk solat zuhur. Memandangkan kami belum menjamah makanan lagi, bro Hamizan membawa kami ke Kedai Din Raja Air Nyiur bagi makan tengahari. Selepas itu kami ke hotel penginapan bagi berehat. Pada sebelah malam pula kami dibawa oleh bro Faisan ke Wakaf Che Yeh dan makan malam di Samme Maggi Tiram berhadapan Lapangan Terbang Pengkalan Chepa.

Pada Ahad, 9 Julai 2017, seperti yang dijadualkan, kami akan bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Awal pagi lagi kami mendapat panggilan dari Wadi PT meminta kami ke Pasir Hor untuk sarapan pagi. Tiba di Pasir Hor, membawa kami ke Ja Nasi Ayam Kampung Madu. Ingatkan sarapan pagi yang ringan rupanya kami dijamu dengan nasi putih berlaukkan ayam kampung bermadu dan teh ais madu. Alhamdulillah rezeki kami.

Selepas makan kami kembali ke penginapan bagi bersiap untuk check out. Sebelum bergerak sahabat kami Faisan singgah berjumpa kami lagi bagi memberi kami sebungkus besar keropok sira. Itulah keindahan rakyat Kelantan yang kami alami sendiri iaitu mereka memuliakan dan melayan tetamu dengan cukup baik sekali. Itupun ramai lagi sahabat Kelantan yang ingin bertemu dengan kami namun gagal disebabkan kami kesuntukan masa.

Kami bergerak ke Terengganu pada jam 12:30 tengahari dan berhenti di Besut untuk minum dan bertemu dengan sahabat Sha Reza di situ. Dalam perjalanan selepas Besut kami terpaksa menempuh hujan yang lebat. Namun hujan berhenti di Permaisuri dan kami berhenti di pantai Penarik bagi berehat dan makan petang. Selepas bergambar seketika di tepi pantai Penarik kami meneruskan perjalanan dan tiba di Homestay Binjai, Chendering, Kuala Terengganu pada jam 6:00 petang. Kami berehat bagi mendapatkan tenaga untuk ride ke Kuala Lumpur keesokan harinya.

Keesokan paginya selepas minum pagi bersama Lan Terengganu di gerai hadapan homestay, kami bergerak ke Kuala Lumpur melalui laluan LPT2. Sempat lagi kami singgah di kedai keropok di Rusila bagi membeli keropok sebagai buah tangan. Cuaca yang agak redup melancarkan perjalanan kami. Namun apabila tiba di Karak, hujang turun dengan lebatnya hingga ke Hentian Tol Gombak. Kami tiba di Hentian Tol Gombak pada jam 5:00 petang. Memandangkan hari tersebut merupakan hari bekerja, jalan agak sesak dengan kenderaan. Kami tiba dirumah masing-masing pada jam 7:00 petang setelah menempuh perjalanan sejauh 1200 km pergi dan balik. Alhamdulillah Cik Din YP masih bertenaga setelah ride sejauh itu malah masih bersemangat untuk ride jauh lagi. Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja, penyumbang dan penyokong iaitu Wan Sri Changgung, bro Sham Bedoqstar, Aley Jim, Faisan Ismail, Wadi PT, Jazman Jernail Singh, Lan LC Terengganu, Hamizan, Homestay Binjai, VKB, Amin Hj MatDaud dan bro Abu Zaki Abu Bakar.

Cik Din YP, 74 tahun Ride ke Sg Golok Motoday 2019 Vol 1 Part 1

Bersempena dengan event Sg Golok Motoday 2019 Vol 1, pihak penganjur telah menjemput Cik Cin YP, 74 tahun bagi menghadiri event tersebut. Sehubungan dengan itu, Cik Din YP telah mengadakan ride ke Sg Golok, Thailand dari Kuala Lumpur pada 28 Jun 2019. Ditemani oleh saudara Azhanyzam iaitu Presiden RD Club Malaysia, ride bergerak dari Restoran Sulaiman Nasi Kandar, Jalan Rahmat off Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Tabong Hj Lama) pada jam 11 pagi Jumaat tersebut.

Perjalanan diiringi cuaca baik berjalan lancar hingga ke Hentian Rehat Temerloh dimana ride bergabung dengan sahabat RD Club Malaysia Cawangan Temerloh iaitu saudara Zaiful. Setelah menjamu selera dengan masakan terkenal Temerloh iaitu ikan patin, ride bertolak ke Terengganu. Seperti biasa Petronas Hentian Rehat Gambang menjadi lokasi rehat dan menyejukkan enjin dan Hentian Sebelah Kijal menjadi lokasi mengisi petrol. Setelah menempuh perjalanan lebih kurang 70 km dari Hentian Sebelah Kijal, Hentian Rehat Paka menjadi destinasi perhentian untuk solat dan minum sambil berehat.

Selepas bergerak dari Hentian Sebelah Paka, lebih kurang satu kilometer terdapat sekatan jalanraya daripada operasi bersepadu pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Kami memberikan kerjasama dalam pemeriksaan tersebut malah Cik Din YP menjadi tumpuan pegawai JPJ tersebut lebih-lebih lagi Cik Din YP menunjukkan lesen memandu beliau yang dikeluarkan pada tahun 1970. Ada pegawai JP tersebut yang mengambil peluang untuk bergambar bersama Cik Din YP. Setelah bersalam-salaman dengan pegawai JPJ tersebut kami meneruskan perjalanan kami ke Kuala Terengganu. Lebih kurang jam 7.00 petang, kami tiba di penginapan tetap kami di Terengganu iaitu Binjai Homestay. Pada sebelah malam kami menggunakan masa yang ada untuk berehat bagi meneruskan perjalanan keesokan harinya.

Pada hari kedua iaitu Sabtu, 29 Jun 2019 kami bangun seawalnya bersedia untuk ride ke Sg Golok, Thailand dari Terengganu. Kami bersarapan dahulu di gerai makan hadapan homestay dan disertai sekali oleh pemilik Binjai Homestay yang memang mesra dan baik. Menu nasi lemak lauk gulai itik memang menjadi pembuka selera yang amat sukar didapati di Kuala Lumpur.

Setelah bersiap, kami check out dari homestay lebih kurang jam 11.00 pagi dan bertolak ke Sg. Golok dan cadangannya melalui laluan biasa iaitu Jalan Pantai. Cuaca ride kali ini agak panas tanpa hujan setitikpun dan ini menyebabkan badan kami agak penat. Setiap kali berhenti kami terpaksa minum air dengan banyak bagi mengatasi masalah kekeringan air dalam badan yang amat merbahaya terutama ketika ride. Kami berhenti di Pantai Penarik untuk rehat. Destinasi restoran tepi pantai yang menjadi pilihan kami ialah Ombak Pantai Celup Tepung. Alang-alang singgah kami memesan udang celup tepung yang menjadi juadah popular di Terengganu. Udang yang segar tersebut memberi tenaga pada kami untuk meneruskan ride.

Kami menggunakan laluan Tok Bali, Bachok dan Kubang Kerian memasuki Bandar Kota Bharu. Di Jalan Pasir Hor, Kota Bharu laluan sesak dengan kereta dan dengan cuaca yang panas, suhu enjin motorsikal kami naik mendadak menyebabkan kami terpaksa berhenti di Petronas Bandar Baru Tunjung, 48 minit perjalanan ke Sg Golok. Kami mengambil kesempatan sambil menyejukkan suhu enjin motor dengan melepaskan penat dan minum setelah ride sejauh 169 kilometer. Setelah hilang penat, kami meneruskan perjalanan. Tiba di Rantau Panjang, kami singgah di Stesen Bas Express Rantau Panjang untuk mengisi perut di gerai mee celup siam. Setelah kenyang, kami memasuki ke sempadan melalui Kompleks Imigresen Rantau Panjang. Urusan imigresen kami berjalan lancar tanpa apa-apa masalah. Kami terus ke hotel penginapan kami iaitu Genting Hotel. Disana kami disambut oleh sahabat kami iaitu abang Pozi, warga Sg Golok. Hotel ini menjadi pilihan kami kerana terletak bersebelahan pasar basar memudahkan kami membeli barangan yang dipesan oleh isteri masing-masing. Gerai makan yang banyak juga memudahkan kami makan dan yang penting ia dekat dengan sempadan. Setelah check in hotel kami berehat dan membersihkan diri sebelum makan malam di gerai bersebelahan hotel. Selesai makan malam, Cik Din YP berhasrat membeli durian Siam maka kami membeli sebiji durian dengan harga RM40. Cara pembungkusan isi durian menggunaka plastik menarik perhatian kami malah boleh dibawa ke bilik hotel tanpa berbau. Pada malam tersebut kami menghabiskan masa dengan berehat setelah kepenatan ride.

Bersambung…..

‘Come Ride With Us’

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started