Underground Rider support 10th RD Ghatering @ Kuala Terengganu

Pada 14 September 2018, sebanyak 25 buah jentera dari Underground Rider telah bertolak ke Kuala Terengganu bagi melahirkan sokongan dan support kepada event 10th RD Ghatering. Dengan diiringi oleh support car sebuah 4×4, Underground Rider bertolak ke Terengganu dari Pasir Puteh, Kelantan bersama-sama dengan group RD Kelate.

Walaupun cuaca sekejap panas dan hujan, namun rider Underground Rider tetap kental menempuh perjalanan. Sepanjang tarikh 14 hingga 16 September 2018 merupakan hari bersejarah dan bermakna kerana dapat bersama-sama dengan semua pemilik dan peminat RD satu Malaysia.

Menurut orang kuat Underground Rider, bro Udin YP, beliau berharap RD Ghatering ini dapat diadakan setiap tahun dengan lebih hebat lagi kerana ia merupakan event gemilang yang mengumpulkan pemilik dan peminat RD di lokasi yang sama. Menurut beliau lagi, Underground Rider akan terus menyokong usaha penganjur untuk event-event di masa akan datang.

Bagi yang berminat memiliki tshirt dan aksesori Underground Rider dan jenama permotoran utama boleh menghubungi Udin UR di talian 019-906 6229.

Leave a comment

Create a free website or blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started