D’Gadek Retro Bike Week 2019

Pada 8 Disember 2019 telah berlangsuang  D’Gadek Retro Bike Week 2019 bertempat di Padang Awam Gadek, Alor Gajah, Melaka. Event yang dijalankan selama satu hari itu dimulakan dengan ketibaan Mat Moto pada jam 8.00 pagi hingga jam12.00 tengahari. Penjurian motoshow pula bermula jam 1.00 petang manakala penyampaian hadiah pada jam 3.00 petang.

Pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pelbagai kategori antaranya Kategori 250CC ke atas Open, Kategori 150cc iaitu Yamaha TZM, Honda NSR, Suzuki Panther, Kawasaki Kips, Honda Rider, Yamaha RXZ 5 Speed, Yamaha RXZ 6 Speed, Yamaha RXK, Yamaha RXS. Manakala Kategori 125cc Open dan kategori anjuran Suzuki G.pang Owner, Open Kategori G.Pang 100/125 Suzuki TRS iaitu kategori lusuh karat, asal ori kedai, raider tegar, rentung dan otai Gpang. Kategori Gile Gile Remaja (Srambler) juga disediakan. Untuk Kategori Kapchai dipecahkan kepada kategori body besi, Yamaha, Honda dan Kawasaki. Bagi Kategori Kapchai Suzuki dibawah anjuran Kelab Sahabat Suzuki Melaka (KSSM) kategori rgs/rgv/rgx, suzuki seronok, rc/sprinter dan extreme custome. Manakala Kategori Otai Klasik dibuka open.

Dianggarkan motor yang hadir hampir dua ribu buah dari pelbagai lokasi dalam dan luar Melaka. D’Gadek Retro Bike Week 2019 berjaya menghimpunkan pelbagai motor retro dalam satu event dan moga event ini dapat diteruskan ditahun hadapan.

“Come Ride With Us”

Leave a comment

Blog at WordPress.com.

Up ↑

Design a site like this with WordPress.com
Get started